Showing posts with label PERTUNJUKAN. Show all posts
Showing posts with label PERTUNJUKAN. Show all posts

Tuesday, September 10, 2019

DEMONSTRASI TAEKWONDO DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 2



DEMONSTRASI TAEKWONDO DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK  2 


2 MEI 2019  Kelab Taekwondo PERISAI Melaka telah dijemput untuk membuat demontrasi di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2 sempena Hari Kokurikulum sekolah tersebut. Demonstrasi di mulakan pada jam 3 petang. Aktiviti yang dilaksanakan ialah acara pemanasan badan, persembahan taegeuk berformasi, asas tumbukan dan tendangan, seni bela diri dan pemecahan papan. Demonstrasi taekwondo ini telah disertai oleh 11 peserta yang terdiri daripada ahli kelab sari pelbagai sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poh Lan, Tangga Batu, Sekolah Taman Bukit Rambai, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Tadika JAIM Kg Gelam dan Sekolah Menengah Kelebang Besar Melaka. 

Sempena Hari Kokurikulum ini dibuat bukan sahaja demonstrasi taekwondo sahaja yang melibatkan malah diadakan juga majlis anugerah pemberian sijil penghargaan dan pingat kemenangan kepada tiga orang ahli kelab yang juga pelajar disekolah tersebut yang telah mendapat pingat kemenangan di Kejohanan Terbuka Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan yang berlansung di Kem Sg. Buluh pada 22-24 Mac 2019. 




 


 




 








 

  















Wednesday, April 25, 2018

12 April 2018 - Demontrasi Taekwondo sempena Hari Sukan di Sekolah Kebangsaan Tanjong Minyak 2, Melaka (SKTM2). Seramai 6 orang pelajar telah menyertai Demontrasi Taekwondo ini yang telah dipimpin oleh Sir  Mohd Nazrin dan Sir Mohammad Taufiq. Tahniah diucapkan kepada murid-murid dari pelatih Kelab Taekwondo PERISAI Melaka,  dan jurulatih-jurulatih yang terlibat dengan demontrasi taekwondo ini. Demonstrasi melibatkan asas gerakan tumbukan, tendangan, gerakan asas taekwondo dan pemusnahan (pemecahan papan). Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 kerana sudi menjemput pihak kelab untuk membuat demontrasi taekwondo serta sama-sama memeriahkan majlis Hari Sukan Sekolah.














 


























12 April 2018 - Demontrasi Taekwondo sempena Hari Sukan di Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka (SK Tangga Batu). Seramai 10 orang pelajar telah menyertai Demontrasi Taekwondo ini yang telah dipimpin oleh Sir  Asniffarolnizam. Tahniah diucapkan kepada murid-murid pelatih taekwondo PERISAI Melaka, Sek. Keb. Tangga Batu, jurulatih dan guru-guru kokurikulum yang terlibat dengan demontrasi taekwondo ini. Demonstrasi melibatkan asas gerakan tumbukan, tendangan dan gerakan asas taekwondo.









Friday, October 20, 2017

12 Oktober 2017



PERTUNJUKAN KELAB TAEKWONDO PERISAI MELAKA DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANGGA BATU, MELAKA SEMPENA HARI KANTIN







Protected by Copyscape Plagiarism Software