Tuesday, September 10, 2019

DEMONSTRASI TAEKWONDO DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 2



DEMONSTRASI TAEKWONDO DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK  2 


2 MEI 2019  Kelab Taekwondo PERISAI Melaka telah dijemput untuk membuat demontrasi di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2 sempena Hari Kokurikulum sekolah tersebut. Demonstrasi di mulakan pada jam 3 petang. Aktiviti yang dilaksanakan ialah acara pemanasan badan, persembahan taegeuk berformasi, asas tumbukan dan tendangan, seni bela diri dan pemecahan papan. Demonstrasi taekwondo ini telah disertai oleh 11 peserta yang terdiri daripada ahli kelab sari pelbagai sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poh Lan, Tangga Batu, Sekolah Taman Bukit Rambai, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Tadika JAIM Kg Gelam dan Sekolah Menengah Kelebang Besar Melaka. 

Sempena Hari Kokurikulum ini dibuat bukan sahaja demonstrasi taekwondo sahaja yang melibatkan malah diadakan juga majlis anugerah pemberian sijil penghargaan dan pingat kemenangan kepada tiga orang ahli kelab yang juga pelajar disekolah tersebut yang telah mendapat pingat kemenangan di Kejohanan Terbuka Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan yang berlansung di Kem Sg. Buluh pada 22-24 Mac 2019. 




 


 




 








 

  















No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software