Taekwondo disebut sebagai Tae Kwon Do atau Taekwon-Do. Merupakan salah satu sukan tersohor di negara Korea. Tae Kwon Do adalah tiga eleman dalam bahasa Korea dimana ‘Tae’ bermaksud kaki, Kwon bermaksud tangan dan ‘Do’ bermaksud teknik. Taekwondo bermaksud ‘teknik menguna kaki dan tangan. Menurut sejarah, semasa pemerintahan dinasti Silla (668AD-935AD). Seorang cina yang bernama Chuan Fa telah melatih tentera Korea dengan pelbagai seni pertahanan seperti menyerang dengan tangan kosong. Pada awal dinasti Joseon(1393-1910), Subak dibahagikan kepada Taekyon dan Yusul. Pada abad ke-18, king Chongjo diminta menghasilkan Muye Dobo Tongji, ini adalah suatu seni pertahanan yang teratur, ia termasuk berdisiplin dan kosong tangan Kwonbup.
Semasa penaklukan Jepun di Korea (1910-1945), ramai orang Korea menentang Jepun dengan seni pertahanan diri Jepun seperti karate. Pada tahun 1945, banyak sekolah seni pertahanan ditubuhkan. Pada tahun 1955, seni pertahanan ini disebutkan dalam pelbagai nama. Presiden South Korea Syngman Rhee cuba menyatukan semua seni pertahanan sebagai ‘Taekwondo’.Pada tahun 1959, ‘Korean Taekwondo’ Association’(KTA) ditubuhkan. General Choi dilantik sebagai presiden. Pada tahun 1960, Jhoon Rhee mengajar Korean Karate di United States. Beliau menukar nama ini kepada Taekwondo selepas berjumpa dengan presiden Choi Hong Hi. Oleh yang demikian, Rhee boleh dikatakan sebagai bapa Taekwondo Amerika.
Pada tahun 1972, Kukkiwon dijadikan pusat Taekwondo di Korea selatan. Pada tahun 1973, World Taekwondo Federation(WTF) ditubuhkan oleh kerajaan Korea selatan untuk bersaing dengan ITF. Pada Julai 1980, ‘International Olympic Committee’ memperkenalkan WTF(World Taekwondo Federation). Taekwondo adalah sukan demotasi pada tahun 1988 Seoul Olimpik. Ia diikhtirafkan sebagai salah satu sukan Olimpik sejak tahun 2000 di sydney Olimpik.
No comments:
Post a Comment