Thursday, October 19, 2017

SEJARAH TAEKWONDO MALAYSIA


Mandat yang diberi oleh Persatuan Taekwondo Korea (KTA) ,Taekwondo telah dibawa ke Malaysia oleh General Choi Hong Yi . Persatuan ini bermula di Kuala Lumpur dan kemudian tersebar di negeri-negeri lain. Pada tahun 1963, Persatuan Taekwondo Selangor telah diasaskan pada mulanya panduan teknikal dan sebahagian besar prodedur pentadbiran dilakukan oleh instructor Korea ini menimbulkan masalah pada ahli dengan instructor dalam penggunaan bahasa yang sukar difahami.


Pada tahun 1966/67, pengorganisasi semula telah dibuat oleh KTA yang menggabungkan pelbagai Taekwondo "KWANS" di Korea ini membuat ahli-ahli mula besemagat dalam aktiviti ini. General Choi, merupakan orang yang memperkenalkan seni ini di Malaysia ini kerana beliau tidak bersetuju dengan dengan hikraki taekwondo di Korea.Maka, selepas itu munculah Persekutuan Taekwondo Antarabangsa (ITF) yang diketuai oleh General Choi di Toronto, Kanada. Dan Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF) pula di bawah Dr. Un Yong Kim yang berpusat di Seoul, Korea Selatan.

Tiga orang kuat mula membentuk Persatuan Taekwondo Malaysia pada 1972 dan ia secara rasminya ditubuhkan pada 27 April 1974. Mereka ialah Mr. Leow Cheng Koon( Ketua Instuctor Persekutuan dan Pengarah Teknikal Kebangsaan Jawatankuasa Teknikal dan Pentadbiran), Mr Christopher Lai (Setiausaha Agong MTA yang pertama) dan Mr. Chin Mee Keong (Pengerusi MTA yang pertama). Wakil dari Selangor, Angkatan Tentera Malaysia, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor dan Sabah menghadiri sidang mesyuarat pembukaan persatuan ini. Setelah pemergian Instructor Korea, senior yang terikat oleh polisi ITF yang dibuat oleh General Choi mengambil keputusan untuk menghubungi KTA untuk memperolehi nasihat teknikal bagi menyambung proganda Taekwondo. Setelah menandatangai perjanjian, MTA telah bergabung dengan WTF dan menyertai 1st World Taekwondo Championship di Seoul.

MTA kemudian menjalin hubungan dengan WTF untuk memperolehi maklumat teknikal yang lanjut, kursus kemajuan serta penyertaan pertandingan peringkat antarabangsa. Dalam mencapai era kemajuan persatuan, timbulnya pelbagai masalah dan rintangan. Tetapi percinta seni taekwondo ini telah mencari jalan untuk mengatasi masalah yang timbul ini. Dalam jangka masa yang pendek ini, MTA telah diperkembangkan di seluruh Malaysia. Kini ia disertai oleh Semenanjung, Malaysia Timur, Polis, angkatan tentera dan MASUM.

sumber rujukan:- rcn.blogspot.my

1 comment:

Protected by Copyscape Plagiarism Software