Showing posts with label KURSUS. Show all posts
Showing posts with label KURSUS. Show all posts

Friday, December 27, 2019

~ PROGRAM SELF DEFENCE PERISAI MALAYSIA~

2 MAC 2019 PERSATUAN TAEKWONDO PERISAI MALAYSIA telah mengadakan satu program Self defence Siri 1 yang diadakan di Alfa College Seremban. Program ini bertujuan untuk memantapkan teknik Self Defence dikalangan peserta.






Thursday, December 26, 2019

LATIHAN INTENSIF PEMANTAPAN SPARRING TAEKWONDO

      
 ~ LATIHAN INTENSIF PEMANTAPAN SPARRING TAEKWONDO ~
KELAB TAEKWONDO PERISAI MELAKA

28 JULAI 2019 Kelab Taekwondo Bekas Perajurit (TTS) ATM Melaka atau dikenali sebagai PERISAI Taekwondo telah mengadakan satu latihan intensif Pemantapan Sparring Taekwondo kepada anak-anak PERISAI Melaka. Kursus ini bertujuan bagi memantapkan lagi pengetahuan,skill, pengalaman serta pemahaman kepada peraturan-peraturan semasa kejohanan sebagai persediaan menghadapi kejohanan di peringkat Kebangsaan dan Negeri nanti . Kursus ini telah dipimpin dibawah tunjuk ajar Master Alias selaku Ketua Jurulatih Taekwondo Kejohanan PERISAI peringkat Kebangsaan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam acara Sparring Taekwondo. Beliau dibantu oleh Master Syukri juga berpengalaman dalam acara sparring diperingkat kebangsaan serta Sir Taufiq dan Sir Zainudin.

Diakhir sesi Latihan ini, pihak kelab telah Menyambut  Hari Kelahiran 3 pelatih kelab iaitu:-

     1. Adik Muhammad Aidil Khalish 
     2. Adik Nana
     3. Adik Huda

Happy Birthday to You...Semoga adik-adik semua cemerlang didunia dan di akhirat...dan menjadi anak yang Soleh yang berbakti kepada kedua ibu Bapa, Keluarga, Bangsa dan Negaranya kelak...aminn




























Cenderahati kepada Master Alias dan Master Shukri sebagai tanda terima kasih dan kenangan juga cenderahati  kepada pelatih-pelatih terbaik latihan



Selamat Menyambut Hari Kelahiran...Happy Birthday to You...






Tuesday, March 19, 2019

KURSUS SELF DEFENCE

2 MAC 2019 - KURSUS SELF DEFENSE Tahap1 telah diadakan di Alfa College Seremban. Pelatih dilatih sendiri oleh YBhg. Master Suleiman Taib.






KURSUS BODY GUARD


KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI SEORANG BODY GUARD BOLEHLAH MENDAFTAR UNTUK MENGHADIRI KURSUS: 


SECURITY MANAGEMENT & CLOSE PROTECTION OPERATION COURSE
 (BODY GUARD)

ANJURAN PERSATUAN TAEKWONDO BEKAS PERAJURIT ATM MALAYSIA



Friday, January 4, 2019

KURSUS JURULATIH (BAB 2) PERISAI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

25 Disember 2018    Persatuan Taekwondo Bekas Perajurit TTS (ATM) Malaysia telah mengadakan satu kursus bagi Jurulatih PERISAI (Bab 2) Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Tasik Puteri Rawang. Kursus ini telah dihadiri oleh pemegang talipinggang hitam yang menjadi jurulatih PERISAI. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan, pengalaman dan pemantapan kompetensi jurulatih-jurulatih Taekwondo PERISAI seluruh Malaysia. Kelab Taekwondo PERISAI Melaka telah menghantar wakil seramai 3 orang bagi menghadiri kursus tersebut. Ceramah dan latihan praktikal telah disampaikan oleh YBrs. Master Suleimen Bin Taib.


Monday, August 13, 2018


JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 
SPARING TAHAP 1
PERINGKAT KEBANGSAAN 2018


Jom...mantapkan diri dengan skill dan teknik serta kemahiran ..... Semua dijemput hadir....



PROGRAM GAYA HIDUP CREaTE - SELF DEFENSE
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR

Alor Gajah: Satu program Gaya Hidup Sihat CREaTE telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) pada 8 Ogos 2018 yang bertujuan untuk mengimbangkan aktiviti kerja harian dan juga aktiviti riadah seperti bersukan kepada kakitangan dan peserta kursus di pusat kecemerlangan tersebut. Kelab Taekwondo Bekas Perajurit (TTS) ATM Melaka telah dijemput sebagai instruktur oleh Kelab Sukan dan Kebajikan CREaTE. 
Para peserta telah dilatih sendiri oleh YBrs. Master Suleimen dengan beberapa tips self defense selain beberapa asas pertahanan diri yang amat berguna ketika berhadapan dengan situasi diserang tanpa diduga. 
Pihak Kelab amat berterima kasih atas kepercayaan pihak CREaTE untuk sama-sama bagi menjayakan program tersebut yang sememangnya bermanfaat kepada kakitangan dan peserta kursus CREaTE.


















  































Protected by Copyscape Plagiarism Software