Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari Korea, telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu daripada dua seni bela diri Asia, satu lagi ialah Judo).
Dalam bahasa Korea, Tae bermaksud "tendangan atau menendang"; Kwon bermaksud "tumbukan atau menumbuk"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
Taekwondo mempunyai beberapa warna talipinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.
Setiap talipinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat . Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "DAN". Pemegang talipinggang 9th DAN dikenali sebagai GRANDMASTER.
Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya:
- World Taekwondo Federation (WTF)
- International Taekwondo Federation (ITF)
- Global Taekwondo Federation (GTF)
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah matapelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.
ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek mempertahankan diri dan kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.
No comments:
Post a Comment