Tuesday, January 22, 2019

SESI PERTAMA MINGGU PERTAMA KELAS TAEKWONDO PERISAI MELAKA DIBUKA DI TAMAN RAMBAI UTAMA 2019

4 JANUARI 2019     Pembukaan Kelas Taekwondo PERISAI MELAKA di Taman Rambai Utama telah bermula pada malam ini di Dewan Serbaguna Taman Rambai Utama. Kelab Taekwondo Perisai Melaka berasa amat bertuah pada sesi petama minggu pertama ini dengan kehadiran YBrs. Master Alias Bin Saad selaku Ketua Jurulatih PERISAI Induk yang memantau perjalanan latihan taekwondo seluruh negara. Beliau telah turut serta melatih pelatih-pelatih baru dan lama yang hadir dikelas Dewan Taman Rambai Utama ini. Banyak nasihat dan ilmu serta skill gerakan dalam taekwondo yang telah disampaikan kepada para pelajar.

Pada hari ini juga, Kelas Taekwondo PERISAI MELAKA Taman Rambai Utama merasa bertuah kerana YBrs. Master Alias sudi turut serta di dalam sesi penyampaian sijil kenaikan gred bengkung kepada pelatih yang berjaya semasa sesi kenaikan bengkung yang lalu. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya. Semoga kenaikan gred talipinggang kali ini mennjadi motivasi untuk terus maju dalam sukan dan seni mempertahankan diri Taekwondo pada masa akan datang.

Pada akhir sesi latihan, Kelab Taekwondo PERISAI MELAKA telah memberikan Taklimat ringkas kepada para ibu bapa yang hadir tentang perjalanan dan perancangan aktiviti semasa serta hasrat kelab melahirkan Atlit Taekwondo (fighter) yang bertanding di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada sesi taklimat ringkas ini yang telah disampaikan oleh Presiden Kelab En. Mohammad Taufiq TIA Bin Abdullah dan Ketua Jurulatih Perisai YBrs. Master Alias Bin Saad. Segala sokongan dari para ibu bapa anak-anak PERISAI MELAKA amat kami hargai.






















 











Friday, January 4, 2019

KURSUS JURULATIH (BAB 2) PERISAI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

25 Disember 2018    Persatuan Taekwondo Bekas Perajurit TTS (ATM) Malaysia telah mengadakan satu kursus bagi Jurulatih PERISAI (Bab 2) Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Tasik Puteri Rawang. Kursus ini telah dihadiri oleh pemegang talipinggang hitam yang menjadi jurulatih PERISAI. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan, pengalaman dan pemantapan kompetensi jurulatih-jurulatih Taekwondo PERISAI seluruh Malaysia. Kelab Taekwondo PERISAI Melaka telah menghantar wakil seramai 3 orang bagi menghadiri kursus tersebut. Ceramah dan latihan praktikal telah disampaikan oleh YBrs. Master Suleimen Bin Taib.


SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENERIMA TALIPINGGANG HITAM 1st DAN




Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima talipinggang hitam 1st Dan Muhammad Ariffin Bin Muhammad Taufiq Tia yang telah berjaya di dalam ujian kenaikan gred talipinggang pada 15 November 2018 yang diadakan di Sekolah Menengah Tasik Puteri Rawang. Sijil Pencapaian Kenaikan Gred telah disampaikan oleh YBrs. Master Suleiman Bin Taib.
Protected by Copyscape Plagiarism Software