Monday, July 30, 2018


UJIAN KENAIKAN TALIPINGGANG TAEKWONDO KELAB TAEKWONDO BEKAS PERAJURIT (TTS) ATM MELAKA

29.07.2018 Berlangsungnya  Ujian Kenaikan Talipinggang Taekwondo Kelab Taekwondo Bekas Perajurit (TTS) ATM Melaka, atau lebih dikenali sebagai Kelab Taekwondo PERISAI Melaka. Ujian kali ini telah disertai oleh Ahli Kelab Taekwondo Perisai Melaka dan Ahli Kelab Taekwondo Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Tngga Batu, Melaka. 

Kelab Taekwondo PERISAI Melaka telah menjemput Master Suleiman Bin Taib selaku Presiden Persatuan Taekwondo Bekas Perajurit (TTS) ATM Malaysia sebagai penilai bagi mengadili peserta yang mengambil ujian. Keputusan ujian akan dimaklumkan oleh beliau dan diharap semua peserta akan berjaya memperolehi gred talipinggang yang baru selepas ini. 

                       

                                























































                                                                                               BULETIN PERISAI, AHAD 29JULY 2018 

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH...

By Kelab Taekwondo Bekas Perajurit (TTS) ATM Melaka  
     https://perisaimelakatkd.blogspot.com/

MELAKA: Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Intan & Brothers Enterprise atas sumbangan minuman untuk peserta ujian kenaikan talipinggang 2018. Intan Brothers merupakan sebuah syarikat Pest Control milik Bumiputra sepenuhnya yang beroperasi di sekitar Melaka, Johor, N. Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Intan & Brothers Ent. amat menyokong penuh akan aktiviti-aktiviti sukan terutamanya aktiviti sukan Taekwondo di Negeri Melaka. Kelab Taekwondo Bekas Perajurit (TTS) ATM Melaka amat berterima kasih atas sokongan dan sumbangan yang telah disampaikan sendiri oleh pemilik syarikat En. Mohd Nor Bin Mohd Yasin dan Isteri.
               




                               


Wednesday, July 25, 2018

PERSEDIAAN UJIAN KENAIKAN TALIPINGGANG PESERTA CILIK 
SEKOLAH KEBANGSAAN TANGGA BATU, MELAKA





















Protected by Copyscape Plagiarism Software